Thursday, August 6, 2009

..SAAT AIR MATA INI TUMPAH..

jam 2 pagi aku tiba di bilik setelah pulang dari trip ke tasik kenyir,Terengganu..pulang aja, terus aku terlena..namun bila terjaga aku terbatuk2..makin lama makin kuat plak batuk ni..erm..biasalah perubahan cuaca kot..terengganu dgn penang mana nak sama kan..


malam ni jam 8.30 ada latihan netball,xpe la wpun penat x hilang lagi aku xnak lepaskan peluang ni, bukan senang aku nak terlibat dengan sukan2 mcm ni sblm ni..fuh…latihan habis dalam pukul 10mlm..


dalam perjalanan balik ke bilik badan terasa seram sejuk..mcm nak demam pun ada,ala biasa lah letih balik trip ni…dalam pukul 11.30 mlm aku dapat rasa yang aku demam nih..badan pun tersa sakit, dan sengal2..batuk makin kuat,pening2..


aku kol wan,aku cakap badan aku mcm demam je.. ‘’kita p klinik r esok asma, aku temankan ko’’.. xpelah wan aku ok lg ni.. ‘’ala g la esok takut melarat plak’’…ok2..


esoknya aku mmg xder tenaga lgsung,tunggu giliran kat klinik usm ni pun dah amek masa berjam2..mana aku tahan,dahlah xder tenaga ni..ramainya org pakai topeng.. ‘’wan,kalo dia bagi aku topeng aku xnak pakai wan”.. ‘’apelah ko ni,pakai jela kalo dia bagi”.. skrang mmg musim H1N1..aku berdoa dalam hati moga Allah jauhkan aku dari wabak ni..

skrg tiba giliran nombor aku,aku terus ke bilik no 8.. “ye apa masalah awak” tya akak nurse yang manis tu.. “akak,badan sy panas, rasa sengal2, kepala sy sakit sgt, batuk2,sakit tekak, bila jalan saya rasa mcm nak rebah je..”
“suhu awak 38 darjah..tinggi ni..awak masuk dalam tu,cakap kat nurse kat dalam tu, suh dia amek darah awak ok” … “ok,mekaseh akak”..


Kat dalam bilik untuk ambil darah
“erm..tahan sket ye..sakit ni..” zuppp….. jarum tu dah tertusuk dalam lenganku… xderlah sakit sgt pun,mcm kena gigit semut je rasanya..hehehe..
“ok awak lap dengan kapas ni..” nurse tu bagi kapas tuk lap darah.. “awat awak xlap betul2 ni” nurse ni mula marah kat aku..saya dah lap betul2 ni… tempat yang kena cucuk tadi still kuakan darah..aku jd takut sgt.. “something wrong berlaku pd badan awak ni..kalo x darah ni akan cepat beku”.. ya Allah..lindungilah hambamu ini dari segala penyakit2 yang berbahaya..


Dipendekkan cerita, aku menjadi salah seorang suspek H1N1..subahanallah…oleh kerana wad di klinik usm penuh aku diarah dikaurantinkan dalam billik di hostel..


H34,bilik 327 desasiswa cahaya gemilang..



Disinilah bermula segalanya…airmata xdapat aku bendung.. Ya Allah..sakitnya….sakit ini xdapat aku gambarkan dengan kata2.. badan aku xdapat bergerak seperti biasa, kepala sangatlah sakit seakan2 nyawa akan dicabut sebentar lagi..


Lillah,dan rumetku fairuz x jemu mengelap badanku untuk turunkan suhu badan ku..aku masih dialam separa sedar, kerna suhu badan telalu tinggi kurasa kulit bagai melecur dan pedih..hanya Allah yang mengetahui.. Inilah yang dikatakan ujian..aku hamba yang lemah sesekali menitiskan air mata kerna xdapat menahan kesakitan ini..lillah dan fairuz x jemu memerhatikan aku tiap saat.. apa yang paling menyentuh perasaan saat aku bergerak wpun sedikit,lillah akan terus datang padaku..lillah meletakkan tuala basah pada badanku,tiap saat dia tidak leka memerhatikanku…


Fairuz sentiasa memberi kata semangat kepadaku,megurut badanku yang lemah dan x bermaya..air mata ini sekali lagi tumpah..jemari lembut sahabat2 ini lah yang mengesat air mata dipipi, memberi kata semangat. Ubat yang di ambil muntah semula,saat ini aku rasakan seperti nyawa ini sampai stakat itu sahaja.. “asma kuat….” Itulah kata2 yang terngiang2 ditelinga pada saat itu..


Keesokanya..



Aku dikejutkan dengan bunyi hujan renyai2….Ya Allah…suhu badanku dah mula turun… “asma,nanti nini ngan lillah nak bawak asma p hospital tau..pukul 8.30”…lembut suara lillah pagi itu.. “lillah,cuba rasa ni, asma dah sihat…dah xpanas…”ujarku..
“sapa kata xpanas?panas lagi la…”huhuhu..baiklah lillah….asma ikut jela…hehehe…
Lillah,nini dan wan awal2 lagi dah tempah teksi tuk ke hospital..


Hospital Besar Pulau Pinang



Aku diarahkan masuk ke bilik saringan H1N1..dipendekkan cerita….doktor sahkan aku bebas H1N1… ALHAMDULILLAH…… kuar je dari bilik saringan tu aku senyum pada lillah, nini dan wan…

Istimewa buat sahabat2 yang x jemu membantu saatku dilanda ujian
LILLAH,FAIRUZ,NINI,WAN,NADYA,SAIFUL,PAKLANG…dan ramai lagi yang sentiasa mendoakan kesihatanku…hanya Allah dapat membalas budi kalian yang tidak dapat digambarkan dengan kata2….