Sunday, January 24, 2010

Monday, January 18, 2010

Bingkisan Pembukaan Sebuah Kehidupan Yang Baru

Salam kerinduan buat blog kesayangan yg telah lama aku tinggalkan.. hampir stengah tahun aku x mencoret tentang peristiwa2 yang singgah dalam hidup aku..aku umpamakan blog ini seperti sebuah diari umum hidupku,apa yang mampu aku kongsi akan aku kongsi bersama pembaca blog ini.purata pembaca blog ni sahabat2 USM,PPM, & sahabat2 CM.. terima kaseh krana maseh sudi menyinggah, menelaah tulisan yang x seberapa di blog ni..

Alhamdulillah..hari ni adalah hari ke 13 kta di tahun 2010..moga2 dengan kedatangan tahun baru ini kita menjadi semakin matang..matang dalam segala aspek. Dalam kehidupan aku sendiri terlalu banyak onak dan duri yang aku tempuh untuk sampai ketahap umurku seperti ini..subahanallah…jauh sudah aku melangkah..namun adakah cukup bekalan untuk ke sana.. detik demi detik yang berlalu menjanjikan hanya 2 pilihan..kita perlu memilih..untuk mengumpul bekalan amal kebaikan atau keburukan. Mampukah kita memilih amal kebaikan di setiap detik itu? Cuba kita tanya pada diri..kenapa amal keburukan sering menjadi pilihan kita? Kenapa amal keburukan xdapat kita kira dan amal kebaikan hanya boleh dikira dengan jari.di mana silap kita? Adakan kita dikaburi oleh sesuatu?? Apa yang mengkaburi kita??? Hanya 1 jawapannya… kita dikaburi oleh kehidupan untuk mengejar dunia semata..

Mingkin terdetik dihati setiap insan tentang keinsafan..namun bukan sekarang,bagi kita masa utk kita masih ada..mungkin ya atau mungkin tidak..ajal,maut,jodoh,pertemuan itu rahsia Allah.. moga kita mejadi hamba yang soleh&solehah dan pilihanNya..amen..

Thursday, August 6, 2009

..SAAT AIR MATA INI TUMPAH..

jam 2 pagi aku tiba di bilik setelah pulang dari trip ke tasik kenyir,Terengganu..pulang aja, terus aku terlena..namun bila terjaga aku terbatuk2..makin lama makin kuat plak batuk ni..erm..biasalah perubahan cuaca kot..terengganu dgn penang mana nak sama kan..


malam ni jam 8.30 ada latihan netball,xpe la wpun penat x hilang lagi aku xnak lepaskan peluang ni, bukan senang aku nak terlibat dengan sukan2 mcm ni sblm ni..fuh…latihan habis dalam pukul 10mlm..


dalam perjalanan balik ke bilik badan terasa seram sejuk..mcm nak demam pun ada,ala biasa lah letih balik trip ni…dalam pukul 11.30 mlm aku dapat rasa yang aku demam nih..badan pun tersa sakit, dan sengal2..batuk makin kuat,pening2..


aku kol wan,aku cakap badan aku mcm demam je.. ‘’kita p klinik r esok asma, aku temankan ko’’.. xpelah wan aku ok lg ni.. ‘’ala g la esok takut melarat plak’’…ok2..


esoknya aku mmg xder tenaga lgsung,tunggu giliran kat klinik usm ni pun dah amek masa berjam2..mana aku tahan,dahlah xder tenaga ni..ramainya org pakai topeng.. ‘’wan,kalo dia bagi aku topeng aku xnak pakai wan”.. ‘’apelah ko ni,pakai jela kalo dia bagi”.. skrang mmg musim H1N1..aku berdoa dalam hati moga Allah jauhkan aku dari wabak ni..

skrg tiba giliran nombor aku,aku terus ke bilik no 8.. “ye apa masalah awak” tya akak nurse yang manis tu.. “akak,badan sy panas, rasa sengal2, kepala sy sakit sgt, batuk2,sakit tekak, bila jalan saya rasa mcm nak rebah je..”
“suhu awak 38 darjah..tinggi ni..awak masuk dalam tu,cakap kat nurse kat dalam tu, suh dia amek darah awak ok” … “ok,mekaseh akak”..


Kat dalam bilik untuk ambil darah
“erm..tahan sket ye..sakit ni..” zuppp….. jarum tu dah tertusuk dalam lenganku… xderlah sakit sgt pun,mcm kena gigit semut je rasanya..hehehe..
“ok awak lap dengan kapas ni..” nurse tu bagi kapas tuk lap darah.. “awat awak xlap betul2 ni” nurse ni mula marah kat aku..saya dah lap betul2 ni… tempat yang kena cucuk tadi still kuakan darah..aku jd takut sgt.. “something wrong berlaku pd badan awak ni..kalo x darah ni akan cepat beku”.. ya Allah..lindungilah hambamu ini dari segala penyakit2 yang berbahaya..


Dipendekkan cerita, aku menjadi salah seorang suspek H1N1..subahanallah…oleh kerana wad di klinik usm penuh aku diarah dikaurantinkan dalam billik di hostel..


H34,bilik 327 desasiswa cahaya gemilang..



Disinilah bermula segalanya…airmata xdapat aku bendung.. Ya Allah..sakitnya….sakit ini xdapat aku gambarkan dengan kata2.. badan aku xdapat bergerak seperti biasa, kepala sangatlah sakit seakan2 nyawa akan dicabut sebentar lagi..


Lillah,dan rumetku fairuz x jemu mengelap badanku untuk turunkan suhu badan ku..aku masih dialam separa sedar, kerna suhu badan telalu tinggi kurasa kulit bagai melecur dan pedih..hanya Allah yang mengetahui.. Inilah yang dikatakan ujian..aku hamba yang lemah sesekali menitiskan air mata kerna xdapat menahan kesakitan ini..lillah dan fairuz x jemu memerhatikan aku tiap saat.. apa yang paling menyentuh perasaan saat aku bergerak wpun sedikit,lillah akan terus datang padaku..lillah meletakkan tuala basah pada badanku,tiap saat dia tidak leka memerhatikanku…


Fairuz sentiasa memberi kata semangat kepadaku,megurut badanku yang lemah dan x bermaya..air mata ini sekali lagi tumpah..jemari lembut sahabat2 ini lah yang mengesat air mata dipipi, memberi kata semangat. Ubat yang di ambil muntah semula,saat ini aku rasakan seperti nyawa ini sampai stakat itu sahaja.. “asma kuat….” Itulah kata2 yang terngiang2 ditelinga pada saat itu..


Keesokanya..



Aku dikejutkan dengan bunyi hujan renyai2….Ya Allah…suhu badanku dah mula turun… “asma,nanti nini ngan lillah nak bawak asma p hospital tau..pukul 8.30”…lembut suara lillah pagi itu.. “lillah,cuba rasa ni, asma dah sihat…dah xpanas…”ujarku..
“sapa kata xpanas?panas lagi la…”huhuhu..baiklah lillah….asma ikut jela…hehehe…
Lillah,nini dan wan awal2 lagi dah tempah teksi tuk ke hospital..


Hospital Besar Pulau Pinang



Aku diarahkan masuk ke bilik saringan H1N1..dipendekkan cerita….doktor sahkan aku bebas H1N1… ALHAMDULILLAH…… kuar je dari bilik saringan tu aku senyum pada lillah, nini dan wan…

Istimewa buat sahabat2 yang x jemu membantu saatku dilanda ujian
LILLAH,FAIRUZ,NINI,WAN,NADYA,SAIFUL,PAKLANG…dan ramai lagi yang sentiasa mendoakan kesihatanku…hanya Allah dapat membalas budi kalian yang tidak dapat digambarkan dengan kata2….





Sunday, April 5, 2009

tertinggal bas

kenangan semalam memang manis..pertama kali tertinggal bas nak balik kampung..laa camna la blh jd camtu..sebenarnya macam ni kesahnya, aku,mad ngan nadiya awal2 dah tempah keta akak tu..suruh dia datang amek ktorg kat usm anta kat sg nibong kul 8mlm. coz bas ktorg kul 9..tunggu punya tunggu akak tu xdatang2..last2 dia kol cakap jalan jam sgt..dia dr sg nibong gak baru lepas anta customer lain..

dekat pkul 8.45mlm gak aka tu sampai kat usm tuk amek ktorg, adohai..jalan plak jam nak ke sg nibong.adoi dah pkul 9.05mlm ni..mesti bas dah nak gerak ni..ktorg xsampai2 jgk lagi..geram nyer tuhan yang tahu..tapi naseb baek la kau ni penyabar orngya..hehe..aku yakin mesti pakcik bas tu tggu ktorg..

insyaAllah..aku tenangkan diri aku sendiri..

nadiya pun dah panik skrg..9.15 baru ktorg sampai sg nibong..fuh...lega dah sket..

tapi aku tgok bas aku dah xder..huhuhuhu memang nak nangis masa tu.. mad ngan nadiya naik bas laen x sama ngan aku..bas dorang pun dah xder gak...ktorg pun naik kat kaunter bas masing2 tuk tya pasal bas...

"pakcik..bas ke tengganu dah jalan ke??"

"ala awak ni awat lambat sgt, td bas dah tgu dah..tapi lambat sgt depa jalan dah la.."

muka sedey"alaaa..pakcik camna nih..sy nak balik....huhuhu"

muke kesian kat aku..hehe"ok2 skarang awak p cepat2 kat butterworth..naik bas tu kat sana ni plat bas nyer"...

ok thanks pakcik...

oleh kerana kredit aku dah kering masa tu aku cepat2 p beli topup..senang nak koling2 nanti..

aku pun turun la balik nak cakap kat mad ngan nadiya n akak tu yg aku kena g kejar bas ke btworh..tapi mane dorang ni..hhaaaah..dah xder...aku memang kalut gila mase tu terus kol nadiya.."weh mane korang?"

nadiya "aku ngan mad kena g btworth ni,kena kejar bas ktorg"

aku "alamak nadiya aku pun kena g sana gak ni..ok2 cepat2 suh akak tu undur balik amek aku kat sg nibong balik.."

apasaL la korang tinggal aku...

nadiya "aku ingat bas ko ada kt sg nibong tadi.."

aku "ok xper2"

akak tu pun pecut r keta ke btworth..alamak jalan jam lagi...mampos r gini... tapi nasib baik akak ni pandai celah2..last2 ktorg sampai dulu sblm bas ktorg smpai kt sg nibong..alhamdulillah...

aku mad n nadiya pun selamat menaiki bas masing2 dengan jayanya..fuhh...mmg pengalaman yang sungguh menarik wpun agak memilukan pada mulanya..hehehe

moral of the story>> g awal2 kat tempat bas ekspress korang..hehe...

selamat bercuti untuk diri sendiri...

Saturday, April 4, 2009

hamba meRapu

mekaseh kepada korang yang sudi melawat sambil menelaah desa katak milik hamba ni..hehe..hamba kali ni rasa cam nak merapu je.bila bace2 balik sume post dalam desa katak ni, cam formal sgt je kan.sampai ada sorg sahabat ni cakap blog ni mcm blog ustaz Din..hehehe..ni ustazah asma la kot..no..no..x layak pun dipanggil ustazah..iman hamba sangatlah cetek.hamba sekadar menyampaikan ape yang hamba rasa kita boleh kongsikan bersama..ok2 xnak formal sgt kali ni, juz nak santai2 je ni..
bagi pompuan,aweks2,gadis2 mesti dah biasa org tya awak dah berpunya ke belum? dah ader boipren? kaper ngan saper skarang? erm xder sape2 kol ke mlm2? hehe..biasa org tya camni ker? kalo biasa maknanya korang memang agak laku r.hehe..laku??? yela pendek kata ramai yang berminat kat korang r..hamba ni kalo bab2 ni susah nak komen..bukan pe, hamba ni kan..ala sape lah hambe ni..

ape yang hambe merepek ni..mmg niat nak merepek pun ni..hamba pk jugak ape jadi pd sorg wanita ni kalo dia x kuat smgt.tentu tiap2 bulan nak bunuh diri kan..yang xder iman..nauzubillah..yelah banyaknyer ujian pd dri sorg pompuan sejati ni..untuk yang sejati je k..yang bedah2 xmasuk buku ye..hehe,,juz kidding.. hamba kagum dgn ibu2 yang ada kat dunia ni..ape pun warna kulit,tempat..sumenya ada tggungjawab besar dalam hidup ni..ape yang paling hamba kagumi saat2 melahirkan baby.. kuatnya semangatmu ibu..

skrg nak masuk bab ayah lak..ayah ni mmg unik.xkira ayah sape2 pun kan.diam2 dia ada ketegasannya..sekali dia bersuara,huh..kecut perut hambe..kalo x krn semangat ayah..xder la hamba kat tahap ni sekarang..tanpa jemu ayah bekerja bagi menjamin masa depan anak2..

skrg nak masuk bab pe lak ek..ermmm...ok bab anak2 lak..korang rasa korang dah jalankan tgjawab sbg anak..erm..mesti korang jawab x lagi kan..yelah manalah kita dapat balas sume yang dah mak ayah korbankan tuk kita..bagi hamba, doa lah yang paling mak ayah kita harapkan tuk mereka nanti..doa anak2 soleh dapat tolong mak ayah..so jadilah anak2 yang soleh >ingatan tuk diri sendiri jugak<..insyaAllah selagi hayat dikandung badan..berbaktilah kita pada kadua org tua kita k..ermm cam formal gak ni..hehe..ok2 hambe pun dah ngantuk ni..selamat berbahagia..selamat beramal..selamat segalanya...

Monday, March 23, 2009

~kerja syaitan~

satu perkara yang paling menakutkan bila bercakap tentang murtad adalah bila terkenangkan hasrat setan yang akan memurtadkan kita masa nak mati kelak.. Kalau korang tahu, la ni setan baru buat usaha 10% dan korang dah percaya dengan semua berita yang karut marut 100%..masa nak mati kelak, setan akan buat usaha 90% untuk murtadkan korang, setan akan menjelma jadi arwah nenek korang atau mak bapak korang atau siapa sajer yg korang akan percaya..dan cakap..matilah dalam agama yahudi, itulah agama yg membawa kau masuk syurga!!!
Atau setan bagitahu mayat Nabi reput dalam kubur yang menyebabakan korang was was dengan islam sedangakan itu hanya ilusi.. huh, time tu, kalau iman korang kuat jer yg boleh menafikan tipu daya setan tu!!! So, kita yang tak murtad lagi ni jangan rasa selamat sebab hidayat di tangan Allah, Allah boleh bolak balikkan hati manusia.. ini yang taaakuutt nie..isk..isk

Sunday, March 22, 2009

~sUrprise!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!~

selamat ulang tahun sayang ~imran ajmain~

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu


Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita


Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu


Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu



Perkenalan bermula masa 1st year…on da way nak balik atau p studio..aku jumpa dia.. tya duk mana…CG katanya…ermmm boleh g skali studio or balik skali…dia kata ok2..mula2 kenal aku dah tertarik dgn perwatakannya..peramah sgt…masuk r dengan otak aku..mula2 skema je aku bcakap ngan die..manalah tau takut dia mudah terasa ke ape ke..mana tau org baru kenal..mula2 sembang aku ingat lg..pasal persahabatan tapi secara umum r..sonok..dia manis orgnya,ala2 cina ket,comel2,xtinggi,xrendah…hehehe…
1st kenal 1 je dapat aku simpulkan..tentang dia… PERAMAH sgt…
Hari ni 23 mac 2009 genaplah umurnya 22 tahun..selamat ulang tahun..dia dilahirkan di kota bharu kelantan..kakak sulung daripada 5 adik beradik..skolah rendah kat skolah SRJK(c)peir chih..pastu dah besar ket kat Maahad Muhammadi Perempuan.. pastu dia dapat tawaran ke matrix kat NS..happy mase tu.. skarang dia satu school ngan aku kat HBP(USM)… kat sini lah kami kenal..memang cantek percaturan Allah..dia sahabat yang baek..



Aritu aku g umah dia..nak kenal2 family dia..mama dia baek..comel sgt..hehehe..tgok anak r...hee.. adik2 dia wani tu mmg jelita..abah dia pun x ubah mcm ayah aku..hehehe dari ape yg dia ceritakanlah..
Aku tido umah dia,1st time p tido umah kawan 1 u ni.. dorang bawak aku p jalan2 kat KB.Sonok r aku pun suka KB..suasana x byg beza ngan kuala tengganu..1 kapal la ni.hee..


2nd time p umah dia masa naek bas lompat ke tganu..panjang pulak kisah tu kalo aku nak ceritakan..dipendekkan cite umah dia menjadi persinggahan aku yang kedua sblm sampai ke ganu..sebelum tu kat umah rumet aku kat kulim kedah..dah terpaksa xder tiket..hehehe.. kawan2 aku ni sume baek kalo korang nak tau…sanggup bekorban ape saje tuk aku..cewaaahh..perasan giler.. ;)) hehe..tu ape yg aku dapat rasekan.. tu x termasuk atirah..bonot..sarah..nadiya.. n ramai lagi kalo aku nak tulis kat sini… depa semua ni terlau baek dengan aku..thanks…oppss..silap masuk kisah laen lak..ok nak sambung balik pasal sahabat aku tadi ni..korang tau dia pandai cakap cina.. yelah skolah cina masa kecik..mmg kagum r..aku p umah dia,dia ngan adik2 dia cakap cina.. mama dorang duk ngadu kat aku..``budak2 ni cotcet..cotcet…cakap cine kite pun xpaham” hehehe..lucu gak..



Sahabat aku ni tempat aku curahkan sume masalah aku,sampai 1 tahap aku rasakan xder rahsia langsung antara kami..semua benda aku nak cite kat die..
Ktorg ni jenis x suke org yang x hormat privacy ktorg..contohnya yang jenis macam polis pencen..bagi kami setiap manusia ada privacy masing2..ade benda x boleh diceritakan..ader benda x boleh disorokkan..itu kot prinsip kami..kot la..hehehe.. tp setakat ni kami bersama sahabat2 laen benar2 bahagia di pulau mutiara ni. Tanpa family kami tetap gembira krn punya shbat2 seperti dia dan sewaktu dengannya..
Kami pernah lepak kat padang kota sampai 2 pagi semata2 nak luahkan prob masing2.. masa tu sampai tahap xley nak focus pada assignment krn prob tu ktorg xdi luah..pas cite kami mmg lega..xley lupe makan pasembur sampai rm23.00..padahal sket je makannyer.. mahal giler. **moral of the story(.korang yang baru datang ke penang hati2 ye kalo nak makan kat padang kota.. tya harga dulu sblm amek makanan..)
Tentu korang nak tau sape kwan aku yang aku duk tulis ni dari tadi kan..



..NUR SYUHADA anak pakcik MAHASAN..




*Part ni korang xleh bace..kecuali anak2 pakcik mahasan je..*


Syu,asma tujukan lagu imran ajmain tu kat awak..walaupun awak kate lagu tu kelakar..tapi tuk awak memang sy nak bagi jugak lagu yang kelakar tu..sy nak awak senyum..sy xnak awak sedey2 lagi pasni..sy xnak awak xtido krn takot tgok cite tu..awak kan BERANI..**nada perli** sy nak tergelak tgok muka awak takot dgar suara mengilai tadi hahaha..**saje tulis kat sini**…*jgn bimbang pembaca blog ni x baca bagian ni..dorang pun x sampai ati malukan awak..dorang paham.cite ni hanya tuk awak sorang je.pembaca blog sy sume dengar kate..kalo dorang bace jugak awak jgn bimbang ek..sy geget tinger dorang sampai putus.ala2 mike tanson wat..jgn bimbang ye syu syg...




Ok korang bleh bace dah part ni…
Sory,sahabat aku ni mmg manja sket..ader benda dia xske org tau..maaf ek..korang duk diam2 jer k..rilex2 jer..xder ape..ktorang x ngumpat kotang..hehe ok berbalik dengan kisah tadi…eh…ehh…….dah abisss da….ermm.. ok sahabat… lastly I want to say…



…SELAMAT ULANG TAHUN SYUHADA…