Saturday, March 21, 2009

~Ku Mencari~

Puas sudah,

Kucari kebahagian,

Di sisi teman-teman,

Kudapat hanya kelalaian,

Ku cari lagi,

Di hati seorang kekasih,

Kudapat hanya kekecewaan,

Dan ku terus mencari,

Dalam meniti hari,

Penuh kekosongan...

Oh, di mana lagi harus ku mencari,

Membawa sekeping hati,

Yang sarat kerinduan,

Rindu yang tiada haluan,

Aku keliru sendiri,

Apa yang kucari,

Apa yang kuperlukan

Aku masih tak bisa mengerti,

Yang pasti,

Kekosongan hati ini minta diisi..

Sejenak ku tersedar,

Aku mencari cinta agung,

Buat jiwaku yang merindukan,

Hakikat kebenaran,

Cahaya yang membelah kegelapan,

Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.

Ku sedar,

Destinasi pencarianku di sini,

Ku mencari-Mu Tuhan,

Mengharap keredhaan,

Menagih kebahagiaan,

Dari sinar cahaya iman


1 comment:

  1. Wahai anak
    terimalah ikhlas tahniah ku
    atas penemuan mu
    dalam carian mutlak itu
    Hidayah ALLAH rupanya
    sentiasa mengintaicari
    hening murni hati pada ikhlasnya iman.

    Wahai anak
    teruskan perjalanan itu
    jangan lagi engkau temui ragu keliru
    laluan itu mudah dan lurus
    namun cabaran berdurikan haru
    tetap menanti disetiap liku
    disetiap simpang
    pilihlah jalan lurus
    diaspal tulus
    berturapkan nas berusul.
    Engkau tetap akan menemui
    pilihan benar yang sebenar benar

    Kerana wahai anak
    dihujung zaman ini
    rupanya TUHAN bersama ayat ayatnya
    dijaja orang bersama hadiah
    syurga nerakanya.

    ReplyDelete